top of page

Ceritera: Menyusur Sungai Perak

Bukit Chandan

Bukit Chandan ialah pusat pemerintahan kesultanan negeri Perak kini. Ia dikenali kerana menempatkan tokoh dan adiguru dalam bidang pandai besi (pembuat keris) dan seni tekat. Episod kali ini menampilkan Pak Mazin Abdul Jamil, 72 tahun iaitu adiguru pandai besi yang membuat keris untuk pembesar negara dan juga Hjh Azizah Yusof, adiguru tekat benang emas yang kini berusia 84 tahun, dengan pelanggan dari seluruh dunia termasuk Sultan Brunei. Meskipun kawasan ini merupakan bukit dan terletak agak tinggi dari sungai, namun sungai tetap memainkan peranan dalam pemilihan kawasan ini sebagai pusat pemerintahan kerana terdapat beberapa lokasi di sungai berdekatan Bukit Chandan yang terkenal. Contohnya Lubuk Mat Anjing yang dipanggil penduduk tempatan. Ia lubuk yang akrab dalam cerita rakyat setempat.

Menyusur Sungai Perak

Ceritera

Penerbitan siri video lapan episod ini menampilkan genre dokumentari dan video promosi – bagi melihat hubungan akrab serta signifikannya Sungai Perak dalam kewujudan dan perkembangan Kuala Kangsar dari dahulu hingga kini – dalam pelbagai aspek termasuklah warisan, masyarakat serta budaya yang ada di kawasan tersebut.

sungaiperak02a.jpg
bottom of page