top of page

Ceritera: Menyusur Sungai Perak

Kampung Menora

Kampung yang kecil namun dikenali kerana terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta mempunyai sebuah R&R lebuh raya iaitu Kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak. R&R ini menjadi sumber pekerjaan terutama golongan muda bagi penduduk di Kampung Menora. Namun masih ada yang menjadikan aktiviti turun ke sungai bagi mencari rezeki. Kebanyakan penduduk kampungnya terutama golongan yang sudah berusia lebih selesa melakukan aktiviti kampung bagi meneruskan hidup berbanding bekerja di pekan-pekan berhampiran. Terdapat masyarakat Orang Asal yang menetap tidak jauh dari Kampung Menora ini. Mereka sudah mengalami asimilasi budaya dengan penduduk sekitar dan kebanyakan dari Orang Asal ini telah menganut agama Islam.

kampung menora.png

Menyusur Sungai Perak

Ceritera

Penerbitan siri video lapan episod ini menampilkan genre dokumentari dan video promosi – bagi melihat hubungan akrab serta signifikannya Sungai Perak dalam kewujudan dan perkembangan Kuala Kangsar dari dahulu hingga kini – dalam pelbagai aspek termasuklah warisan, masyarakat serta budaya yang ada di kawasan tersebut.

sungaiperak02a.jpg
bottom of page