top of page

Ceritera: Menyusur Sungai Perak

Kampung Raja Intan Suraya

Kampung yang dikenali kerana menawarkan pelbagai pakej aktiviti eco-tourism berasaskan sungai yang digerakkan oleh penduduk tempatan khususnya di Kem Rekreasi Intan Suraya. Kebanyakan penduduk di sini menjalankan aktiviti kampung dan semestinya berkait dengan sungai seperti aktiviti menjala ikan. Penduduknya masih melakukan kerja seni tangan yang pernah popular pada satu masa dahulu seperti pembuatan bunga daun getah. Mereka menggunakan bahan yang ada di sekitar mereka untuk berkreativiti.

Menyusur Sungai Perak

Ceritera

Penerbitan siri video lapan episod ini menampilkan genre dokumentari dan video promosi – bagi melihat hubungan akrab serta signifikannya Sungai Perak dalam kewujudan dan perkembangan Kuala Kangsar dari dahulu hingga kini – dalam pelbagai aspek termasuklah warisan, masyarakat serta budaya yang ada di kawasan tersebut.

sungaiperak02a.jpg
bottom of page