top of page

Ceritera: Menyusur Sungai Perak

Lembah Kuala Kangsar

Pusat pertemuan utama bandar Kuala Kangsar yang terletak pinggir sungai. Lembah ini merupakan kawasan awal bandar Kuala Kangsar yang terkenal dengan menara jam dan makanan tradisi terkenal Laksa Kuala. Lokasi ini juga terletaknya Balai Gambang Cempaka Sari iaitu kenderaan atas air yang perlu dinaiki sultan untuk menghilir sungai Perak ketika istiadat pertabalan di mana ia kini menjadi tarikan pelancong di Kuala Kangsar. Turut dipaparkan kerja pembuatan tengkolok yang menjadi warisan dan budaya masyarakat Melayu dahulu kala oleh saudara Amir Naim sebagai pembuat tengkolok yang sudah lama berkecimpung dalam kerja kraftangan ini.

kg sayong lembah kuala kangsar bukit chandan.png

Menyusur Sungai Perak

Ceritera

Penerbitan siri video lapan episod ini menampilkan genre dokumentari dan video promosi – bagi melihat hubungan akrab serta signifikannya Sungai Perak dalam kewujudan dan perkembangan Kuala Kangsar dari dahulu hingga kini – dalam pelbagai aspek termasuklah warisan, masyarakat serta budaya yang ada di kawasan tersebut.

sungaiperak02a.jpg
bottom of page