top of page

Ceritera: Menyusur Sungai Perak

Pekan Karai

Sebuah pekan kecil dengan perwatakan yang unik, Pekan Karai dipenuhi dengan senibina bersejarah termasuklah bangunan-bangunan serta jambatan terkenal Victoria Bridge. Jambatan yang melintangi Sungai Perak ini menjadi wajah ikonik dalam dunia fotografi. Dengan senibina bersejarah ini Pekan Karai menjadi tumpuan pelancong. Sebagai lokasi pelancongan pengunjung datang ke Kuala Kangsar untuk menginap di rumah penginapan – D’Village @ Victoria Bridge Karai. Selain itu, pekan kecil ini unik dengan gaya hidup komunitinya yang santai, serta aktiviti pagi seperti pekan pagi. Pekan ini juga dikenali dengan makanan istimewanya iaitu kuih Kundas.

pekan karai aka enggor.png

Menyusur Sungai Perak

Ceritera

Penerbitan siri video lapan episod ini menampilkan genre dokumentari dan video promosi – bagi melihat hubungan akrab serta signifikannya Sungai Perak dalam kewujudan dan perkembangan Kuala Kangsar dari dahulu hingga kini – dalam pelbagai aspek termasuklah warisan, masyarakat serta budaya yang ada di kawasan tersebut.

sungaiperak02a.jpg
bottom of page